Pages

Jumaat, 19 Disember 2014

Bermula kisah sebagai murid sekolah rendah

Tahun 2015... Bermulalah kisah Aisy ke sekolah rendah... Diam tak diam sudah 6 tahun Aisy berada di dunia ini.. Sepanjang tempoh tersebut pelbagai yang Aisy pelajari tentang hidup... Adik Sara sudah semakin petah berkata-kata.. Kadang kala menjadi teman, kadang kala menjadi lawan... Namun benarlah kata pepatah "Air dicincang tidak akan putus", begitulah keadaan kami adik beradik... Segala kelengkapan persekolahan Aisy telah Mama dan Papa sediakan. Tidak sabar rasanya untuk memulakan sesi persekolahan. Semuanya akan jadi baru bagi Aisy. Kawan baru, cikgu baru, sekolah baru dan suasana yang baru..


Rabu, 27 Jun 2012

Adik Khaalish dah besar...

Pejam celik pejam celik adik kaisara dah berumur 3 bulan lebih... Mama pun dah mula bekerja balik.. Bila mama ngan papa gi kerja, adik sara duduk umah ibu (pengasuh aisy dulu), aisy pulak gi sekolah.. Adik sara dah pandai ketawa, menangis, ajak berbual dan bermain.


Khamis, 10 Mei 2012

Nur Aleesya Kaisara:-)


Salam kawan2 blogger semua.. Adik khaalish dah masuk 2 bulan.. Sekejap je rasanya.. Adik khaalish dah pandai senyum, ketawa dan nangis.. Khaalish selalu kacau adik.. Ni khaalish masukkan gambar khaalish dan adik..

Selasa, 13 Mac 2012

Adik Khaalish....

Salam semua... khaalish dah dapat adik perempuan... nama adik khaalish Nur Aleesya Kaisara... Adik pun mcm khaalish gak keluar ikut 'tingkap'... Berat adik masa lahir 3.7 kg... Adik khaalish ni lama betul duduk dalam perut mama... Kalo ikut tarikh jangkaan lahir adik keluar pada 8 hb Mac 2012... Namun disebabkan beberapa faktor adik keluar pada 12 hb Mac 2012... Mama dah kena tahan kat wad pada hari Jumaat 9 hb Mac 2012 selepas mama buat check up kat hospital.. Doktor kata air ketuban mama dah kurang.. Pada keesokkan harinya iaitu hari Sabtu 10 hb Mac 2012, mama diberi induce, namun bukaan untuk adik keluar masih takde... Pada hari Ahad 11 hb Mac 2012, sekali lagi mama diberi induce, namun masih takde jalan untuk adik keluar... Pada hari Isnin 12 hb Mac 2012, mama dimasukkan ke Bilik Bersalin (Labour Room) lebih kurang pada jam 8.30 pagi kerana bukaan dah 3cm dan doktor pun dah pecahkan air ketuban mama... Pada jam 11 lebih doktor masukkan pula ubat gesaan melalui air drip untuk mempercepatkan proses kelahiran adik... Namun sehingga pukul 4 petang masih belum ada jalan untuk adik keluar secara normal.. Doktor menambah lagi ubat gesaan untuk mama.. Selepas ubat yang kedua, mama dah mula berasa sakit selang 5 minit... Namun bukaan masih tetap 3cm... Sehinggalah pukul 7 malam, doktor membuat keputusan untuk mengeluarkan adik secara pembedahan... Lebih kurang pukul 7.45 malam adik selamat dikeluarkan, dan dibersihkan... Pada pukul 8 lebih, mama pula selamat  keluar dari dewan bedah... Mama terus dimasukkan kedalam wad.. manakala adik masih berada di Bilik Bersalin.. Papa menunggu adik untuk diazankan... lebih kurang jam 9 lebih barulah papa dapat mengazankan adik.. Ini disebabkan adik diperiksa dahulu oleh doktor untuk memastikan adik betul-betul sihat... Terima kasih diucapkan kepada semua petugas Hospital Pakar Sultanah Fatimah kerana telah bertungkus lumus membantu adik lahir ke dunia ini...

Selasa, 31 Januari 2012

Khaalish go to school...

Inilah baju sekolah khaalish... cantik tak???  masa ni tgh takde mood nak bergambo... sebab kena paksa bangun pagi... 

 muka bosan... bla,bla, bla, bla.....

ini tempat khaalish belajar... best sekolah kat sini... khaalish ada ramai kawan...