Pages

Jumaat, 19 Disember 2014

Bermula kisah sebagai murid sekolah rendah

Tahun 2015... Bermulalah kisah Aisy ke sekolah rendah... Diam tak diam sudah 6 tahun Aisy berada di dunia ini.. Sepanjang tempoh tersebut pelbagai yang Aisy pelajari tentang hidup... Adik Sara sudah semakin petah berkata-kata.. Kadang kala menjadi teman, kadang kala menjadi lawan... Namun benarlah kata pepatah "Air dicincang tidak akan putus", begitulah keadaan kami adik beradik... Segala kelengkapan persekolahan Aisy telah Mama dan Papa sediakan. Tidak sabar rasanya untuk memulakan sesi persekolahan. Semuanya akan jadi baru bagi Aisy. Kawan baru, cikgu baru, sekolah baru dan suasana yang baru..


Rabu, 27 Jun 2012

Adik Khaalish dah besar...

Pejam celik pejam celik adik kaisara dah berumur 3 bulan lebih... Mama pun dah mula bekerja balik.. Bila mama ngan papa gi kerja, adik sara duduk umah ibu (pengasuh aisy dulu), aisy pulak gi sekolah.. Adik sara dah pandai ketawa, menangis, ajak berbual dan bermain.


Khamis, 10 Mei 2012

Nur Aleesya Kaisara:-)


Salam kawan2 blogger semua.. Adik khaalish dah masuk 2 bulan.. Sekejap je rasanya.. Adik khaalish dah pandai senyum, ketawa dan nangis.. Khaalish selalu kacau adik.. Ni khaalish masukkan gambar khaalish dan adik..

Selasa, 13 Mac 2012

Adik Khaalish....

Salam semua... khaalish dah dapat adik perempuan... nama adik khaalish Nur Aleesya Kaisara... Adik pun mcm khaalish gak keluar ikut 'tingkap'... Berat adik masa lahir 3.7 kg... Adik khaalish ni lama betul duduk dalam perut mama... Kalo ikut tarikh jangkaan lahir adik keluar pada 8 hb Mac 2012... Namun disebabkan beberapa faktor adik keluar pada 12 hb Mac 2012... Mama dah kena tahan kat wad pada hari Jumaat 9 hb Mac 2012 selepas mama buat check up kat hospital.. Doktor kata air ketuban mama dah kurang.. Pada keesokkan harinya iaitu hari Sabtu 10 hb Mac 2012, mama diberi induce, namun bukaan untuk adik keluar masih takde... Pada hari Ahad 11 hb Mac 2012, sekali lagi mama diberi induce, namun masih takde jalan untuk adik keluar... Pada hari Isnin 12 hb Mac 2012, mama dimasukkan ke Bilik Bersalin (Labour Room) lebih kurang pada jam 8.30 pagi kerana bukaan dah 3cm dan doktor pun dah pecahkan air ketuban mama... Pada jam 11 lebih doktor masukkan pula ubat gesaan melalui air drip untuk mempercepatkan proses kelahiran adik... Namun sehingga pukul 4 petang masih belum ada jalan untuk adik keluar secara normal.. Doktor menambah lagi ubat gesaan untuk mama.. Selepas ubat yang kedua, mama dah mula berasa sakit selang 5 minit... Namun bukaan masih tetap 3cm... Sehinggalah pukul 7 malam, doktor membuat keputusan untuk mengeluarkan adik secara pembedahan... Lebih kurang pukul 7.45 malam adik selamat dikeluarkan, dan dibersihkan... Pada pukul 8 lebih, mama pula selamat  keluar dari dewan bedah... Mama terus dimasukkan kedalam wad.. manakala adik masih berada di Bilik Bersalin.. Papa menunggu adik untuk diazankan... lebih kurang jam 9 lebih barulah papa dapat mengazankan adik.. Ini disebabkan adik diperiksa dahulu oleh doktor untuk memastikan adik betul-betul sihat... Terima kasih diucapkan kepada semua petugas Hospital Pakar Sultanah Fatimah kerana telah bertungkus lumus membantu adik lahir ke dunia ini...

Selasa, 31 Januari 2012

Khaalish go to school...

Inilah baju sekolah khaalish... cantik tak???  masa ni tgh takde mood nak bergambo... sebab kena paksa bangun pagi... 

 muka bosan... bla,bla, bla, bla.....

ini tempat khaalish belajar... best sekolah kat sini... khaalish ada ramai kawan...

Sabtu, 14 Januari 2012

Background Muzik Ombak Rindu...

Assalam... hari ni khaalish dah tukar background muzik untuk blog ni.. khaalish blajar dari tutorial dalam satu blog ni... khaalish tukar lagu ombak rindu... kan lagu ni tgh popular skrg... kalo agak-agak khaalish dah bosan dengar lagu ni, khaalish tukar ar yang lain lak...

2012...

Assalamualaikum....
Rasanya masih belum terlambat untuk khaalish mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 kepada blogger semua... Tahun ni khaalish dah mula bersekolah.. walaupun umur khaalish baru 4 tahun, papa ngan mama khaalish dah masukkan khalish ke sekolah abim... kat situ banyak yang khaalish belajar... khaalish belajar baca doa, belajar membaca, belajar mengira, belajar menulis, belajar mewarna dan macam-macam lagi... khaalish pergi ke sekolah pada pukul 7.00 pagi... masa nak pegi sekolah, khaalish rasa mengantuk je... maklumlah biasanye khaalish bangun lambat, tapi bila dah bersekolah ni kenalah bangun awal... kat sekolah khaalish ada ramai kawan... khaalish balik sekolah pukul 11.30 tapi khaalish transit dulu kat sekolah sampai pukul 2.00 petang.. masa transit khaalis makan, mandi dan tidur ngan kawan-kawan...kat bawah ni buku yang khaalish guna untuk belajar... uniform sekolah khaalish belum dapat lagi.. nanti kalau dah dapat khaalish upload lagi ye... bye... jumpa lagi...

Isnin, 1 Ogos 2011

Ramadhan Datang Lagi....

Alhamdulillah... Bersyukur sangat dapat bertemu ramadhan lagi... Bagi khaalish ni merupakan Ramadhan yang ke 3 dalam hidup khaalish... Hari pertama Ramadhan, khaalish berada di kampung Terengganu...  Papa ngan mama dapat cuti sampai hari Selasa, so dapatlah khaalish berpuasa kat kampung (tapi khaalish tak puasa pun, khaalish kan kecik lagi...) Petang ni khaalish nak ikut mama ngan papa gi passar... mama kata nak beli ikan bakar... agaknya mama mengidam nak makan ikan bakar... kalo kat johor, ikan bakar dia lain skit.. Lupa lak nak bgtau, tak lama lagi khaalish akn dapat adik.. skrg ni baaru  je 2 bulan lebih... bestla khaalish boleh main2 ngan adik... nanti kalo adik dah keluar, khaalish masukkan gambar adik kat sini... oklah, khaalish kena tolong papa jaga mama... bye.... jumpa lagi...

Sabtu, 26 Februari 2011

Selamat Ulangtahun Kelahiran Yang Ke-3....


Alhamdulillah.... Pada 27 Februari 2011, genaplah umur Khaalish Aufa Nazhan 3 tahun... Dalam usia sebegini semakin lancar mulut berbicara, semakin lincah langkah diatur dan semakin bijak minda berfikir... Mudah-mudahan mulut yang lancar berbicara dapat menuturkan kata yang baik... Langkah yang diatur dapat menuju ke arah kebajikan dan minda yang berfikir dapat memikirkan yang mana baik dan yang mana buruk... Harapan papa dan mama... Semoga menjadi anak yang soleh dan mendengar kata papa dan mama... Semoga menjadi umat Islam yang cemerlang... Semoga menjadi hamba yang beriman... Semoga berjaya di dunia dan di akhirat... InsyaALLAH....


Ya Allah, aku memohon kepada-Mu agar Engkau menjadikan sebaik-baik umur kami pada akhirnya, sebaik-baik amal pada penutupannya, sebaik-baik hari-hari kami adalah saat bertemu dengan-Mu. Aku memohon kepada-Mu agar Engkau menjadikan kuburan setelah berpisah dengan dunia, sebaik-baik tempat tinggal kami, luaskanlah liang lahat kami, dan rahmatilah saat kami menjadi rendah pada waktu menghadap-Mu saat hisab, tetapkanlah kaki-kaki kami di atas shirath, selamatkanlah kamidari kesusahan hari kiamat, putihkan wajah kami pada hari dimana wajah manusia ada yang putih dan ada yang hitam. Aku memohon kepada-Mu kenikmatan yang tak terputus-putus, mata yang sejuk yang tidak terputus-putus, aku memohon kepada-Mu untuk dapat melihat wajahMu, dan kerinduan bertemu dengan-Mu. Aku memohon agar Engkau mensucikan kerusakan hati kami dengan taubat, dan menyatukan hati kami dalam keadaan takut kepada-Mu, dan memberi kami pemberian yang besar yang dapat memasukkan kami ke dalam surga, tempat yang aman.. Amin.
Ya Allah, kepada-Mu aku beribadah dan untuk-Mu kami shalat dan sujud. Kepada-Mu kami menuju dan bersegera. Kami mohon rahmat-Mu dan takut akan azab-Mu, sesungguhnya azab-Mu menimpa orang-orang kafir. Ya Allah aku memohon perlindungan kepada-Mu, kami meminta ampun dari-Mu, memuji-Mu dengan kebaikan, tidak kufur kepada-mu, tunduk kepada-Mu dan mencabut siapa yang kufur kepada-Mu.. Amin.
Barakallah fi umrina [semoga Allah memberkahi usia kita]

Sabtu, 19 Februari 2011

Episod 1 : Rajin....

 membersihkan longkang untuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk....

 kebersihan sebahagian daripada iman ye kawan-kawan...

 masa untuk belajar...

 tuntutlah ilmu sampai ke negara china...

chewah... barulah cantik....

Selasa, 1 Februari 2011

Tahun Baru Cina....


Apa itu Tahun Baru Cina??
  • Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan.
  • Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. 
  • Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.
  • Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin.
  • Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. 
  • Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. 
  • Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.
  • Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao (Hmong China) yang dipengaruhi oleh China dari segi kebudayaan dan keagamaan, maka turut memakai kalendar qamari Cina
sumber : wikipedia

Sabtu, 29 Januari 2011

Kisah Seorang Pemuda...

Islam itu mudah apabila , pertama,menjalankan syari’at Islam boleh secara bertahap. Dalam hal ini, seorang muslim tidak serta-merta diharuskan menjalankan kewajiban agama dan amalan-amalan sunnah secara serentak. Ada tahapan yang mesti dilalui: mulanya kita hanya diperintahkan untuk melaksanakan kewajiban-kewajiban pokok agama. Setelah yang pokok-pokok berhasil dilakukan dengan baik dan rapi, kalau punya kekuatan dan kesempatan, maka dianjurkan untuk menambah dengan amalan-amalan sunnah.
Bagaimana?

Pertama, membenarkan Islam diamalkan secara berperingkat- peringkat seperti kita mendidik seseorang untuk bersolat. Saya berikan contoh dari cerita seorang lelaki yang baik tetapi tidak bersolat. 


Rabu, 19 Januari 2011

Impian Seorang Nelayan...


Impian Seorang Nelayan

Burung Camar hinggap di jejari
Seorang nelayan sedang bermimpi
Mimpi tentang duyung
Mimpi tentang untung
Biduk hanyut dibawa ombak
Laut Cina Selatan

Dalam mimpi berkata sang duyung
"Wahai nelayan kau anak laut
Di sini tempatmu
Di sini rezekimu
Pengorbanan yang kau lakukan
Ada balasannya"

Mega mendong
Laut pun bergoncang
Nelayan tersentak biduk sesat haluan
Sang mentari terlindung
Pantai tak kelihatan
Tawakkal jalan akhirnya

Dalam pondok kecil beratap rumbia
Seorang ibu memandang hari muka
Sambil ia menyusukan bayi yang kehausan
Ufuk timur hilang dari pandangan

Wahai anak yang sedang menangis
Mungkin kini engkau tak mengerti
Bila kau dewasa dan pandai nanti
Pengorbanan ayahmu sayang
Jangan kau lupakan

Selasa, 18 Januari 2011

Tips Mendidik Anak...

Sebahagian tips mendidik anak :
  1. Pastikan anak-anak menghafaz al-quran setiap hari, 1,2 atau 3 ayat misalnya, maka secara automatik masa anak-anak yang tak berfaedah seperti terlalu banyak menonton tv dikurangkan di samping mendidik tabiat yang baik.
  2. Bagi yang suka membaca dan untuk menerapkan tabiat membaca, mungkin rak buku boleh disediakan di rumah.
  3. Adalah penting kita berdoa supaya keluarga kita ditetapkan dalam iman.
  4. Mengajar doa dan zikir dan mengalakkan pengamalamannya dalam kehidupan seharian.
  5. Membaca tafsir al-Quran  bersama isteri dan anak-anak.
  6. Adalah penting untuk kita mendisiplinkan diri sendiri dalam masa kita mendisiplinkan anak-anak kita.
  7. Kita tak boleh lepaskan pada cikgu saja, jika tidak ia mungkin tak mencukupi atau ia tidak dapat diamalkan di rumah. Ibu bapa perlu menjadi contoh pada anak-anak.
  8. Kita perlu mendidik anak kita sensitive (peka) dalam perkara agama, inilah cara mendidik anak yang bertakwa, mendidik anak kita supaya sedar bahwa Islam adalah cara hidup.
  9. Anak perlukan role model, maka ibu bapa perlu membaca Quran setiap hari.
  10. Penting kita berkomunikasi dengan anak-anak, sewaktu makan, dan sebagainya.

 Doa mengharap supaya anak / kenalan hilang untuk melakukan maksiat.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ ذَنْبَهُ، وَطَهِّرْ قَلْبَهُ، وَحَصِّنْ فَرْجَهُ.


Maksudnya:  “Ya Allah, ampunilah dosanya, bersihkan  hatinya dan peliharalah kemaluannya”

    Khamis, 13 Januari 2011

    My Latest Picture...

     kat Langkawi...

     kat Grand Continental Langkawi

     kat dalam feri Jeti Kuala Perlis

     kat Cable Car Langkawi

     kat Jeti Kuala Perlis

    Update blog..

    Selasa, 21 Disember 2010

    LIRIK LAGU THANK YOU ALLAH...

    Thank You Allah

    Album :
    Munsyid : Maher Zain
    http://liriknasyid.com


    I was so far from you
    Yet to me you were always so close
    I wandered lost in the dark
    I closed my eyes toward the signs
    You put in my way
    I walked everyday
    further and further away from you

    O Allah, you brought me home

    I thank you with every breath I take


    All praises to Allah
    الحمد لله

    I never thought about

    All the things you have given to me
    I never thanked you once
    I was too proud to see the truth
    And prostrate to you
    Until I took the first step
    And that's when you opened the doors for me
    Now Allah, I realized what I was missing
    By being far from you


    All praises to Allah
    الحمد لله

    Allah, I wanna thank you

    I wanna thank you for all the things that you've done
    You've done for me through all my years I've been lost
    You guided me from all the ways that were wrong
    And did you give me hope

    O Allah, I wanna thank you

    I wanna thank you for all the things that you've done
    You've done for me through all my years I've been lost
    You guided me from all the ways that were wrong
    I wanna thank you for bringing me home


    All praises to Allah
    الحمد لله
    الحمد لله

    Ahad, 12 Disember 2010

    Tiada kata secantik bahasa...

    Salam kat sini aisy ingin berkongsi sms2 (dalam telefon papa) yg agak cantik bahasanya...

    SMS 1

    Hiasi tidurmu dgn titisan air sembahyang,

    Lelapkan matamu dgn Alunan Zikrullah,

    Selimutkan diri dgn Kalimah Syahadah,

    Alaskan tidurmu dgn Doa,

    Moga...

    Dirimu mendapat Rahmat dariNya....

    Jumaat, 10 Disember 2010

    Tips Anak Kembung Perut....


    Bagaimana nak pastikan anak mengalami kembung perut?? Caranya dengan mengetukkan jari secara perlahan dan lembut pada dinding perut. Dengarkanlah bunyinya, jika nyaring dapat dipastikan perut anak kembung.

    Kembung disebabkan penumpukan gas di dalam perut. Meski perut memiliki daya tampung gas, jika volumenya berlebihan dapat menyebabkan gangguan. Biasanya perut nampak membuncit, timbul rasa tidak selesa, bahkan rasa sakit di perut dan dada. Ini terjadi karena gas yang menumpuk di lambung mendesak diafragma yang membatasi rongga perut dengan rongga dada. Anak juga mungkin akan mengalami muntah.
     Ada beberapa tips untuk mengatasi @ mengurangkan kembung perut, antaranya