Pages

Selasa, 1 Februari 2011

Tahun Baru Cina....


Apa itu Tahun Baru Cina??
  • Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan.
  • Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. 
  • Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.
  • Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin.
  • Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. 
  • Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. 
  • Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.
  • Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao (Hmong China) yang dipengaruhi oleh China dari segi kebudayaan dan keagamaan, maka turut memakai kalendar qamari Cina
sumber : wikipedia

Sabtu, 29 Januari 2011

Kisah Seorang Pemuda...

Islam itu mudah apabila , pertama,menjalankan syari’at Islam boleh secara bertahap. Dalam hal ini, seorang muslim tidak serta-merta diharuskan menjalankan kewajiban agama dan amalan-amalan sunnah secara serentak. Ada tahapan yang mesti dilalui: mulanya kita hanya diperintahkan untuk melaksanakan kewajiban-kewajiban pokok agama. Setelah yang pokok-pokok berhasil dilakukan dengan baik dan rapi, kalau punya kekuatan dan kesempatan, maka dianjurkan untuk menambah dengan amalan-amalan sunnah.
Bagaimana?

Pertama, membenarkan Islam diamalkan secara berperingkat- peringkat seperti kita mendidik seseorang untuk bersolat. Saya berikan contoh dari cerita seorang lelaki yang baik tetapi tidak bersolat. 


Rabu, 19 Januari 2011

Impian Seorang Nelayan...


Impian Seorang Nelayan

Burung Camar hinggap di jejari
Seorang nelayan sedang bermimpi
Mimpi tentang duyung
Mimpi tentang untung
Biduk hanyut dibawa ombak
Laut Cina Selatan

Dalam mimpi berkata sang duyung
"Wahai nelayan kau anak laut
Di sini tempatmu
Di sini rezekimu
Pengorbanan yang kau lakukan
Ada balasannya"

Mega mendong
Laut pun bergoncang
Nelayan tersentak biduk sesat haluan
Sang mentari terlindung
Pantai tak kelihatan
Tawakkal jalan akhirnya

Dalam pondok kecil beratap rumbia
Seorang ibu memandang hari muka
Sambil ia menyusukan bayi yang kehausan
Ufuk timur hilang dari pandangan

Wahai anak yang sedang menangis
Mungkin kini engkau tak mengerti
Bila kau dewasa dan pandai nanti
Pengorbanan ayahmu sayang
Jangan kau lupakan

Selasa, 18 Januari 2011

Tips Mendidik Anak...

Sebahagian tips mendidik anak :
  1. Pastikan anak-anak menghafaz al-quran setiap hari, 1,2 atau 3 ayat misalnya, maka secara automatik masa anak-anak yang tak berfaedah seperti terlalu banyak menonton tv dikurangkan di samping mendidik tabiat yang baik.
  2. Bagi yang suka membaca dan untuk menerapkan tabiat membaca, mungkin rak buku boleh disediakan di rumah.
  3. Adalah penting kita berdoa supaya keluarga kita ditetapkan dalam iman.
  4. Mengajar doa dan zikir dan mengalakkan pengamalamannya dalam kehidupan seharian.
  5. Membaca tafsir al-Quran  bersama isteri dan anak-anak.
  6. Adalah penting untuk kita mendisiplinkan diri sendiri dalam masa kita mendisiplinkan anak-anak kita.
  7. Kita tak boleh lepaskan pada cikgu saja, jika tidak ia mungkin tak mencukupi atau ia tidak dapat diamalkan di rumah. Ibu bapa perlu menjadi contoh pada anak-anak.
  8. Kita perlu mendidik anak kita sensitive (peka) dalam perkara agama, inilah cara mendidik anak yang bertakwa, mendidik anak kita supaya sedar bahwa Islam adalah cara hidup.
  9. Anak perlukan role model, maka ibu bapa perlu membaca Quran setiap hari.
  10. Penting kita berkomunikasi dengan anak-anak, sewaktu makan, dan sebagainya.

 Doa mengharap supaya anak / kenalan hilang untuk melakukan maksiat.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ ذَنْبَهُ، وَطَهِّرْ قَلْبَهُ، وَحَصِّنْ فَرْجَهُ.


Maksudnya:  “Ya Allah, ampunilah dosanya, bersihkan  hatinya dan peliharalah kemaluannya”

    Khamis, 13 Januari 2011

    My Latest Picture...

     kat Langkawi...

     kat Grand Continental Langkawi

     kat dalam feri Jeti Kuala Perlis

     kat Cable Car Langkawi

     kat Jeti Kuala Perlis

    Update blog..