Pages

Selasa, 17 Ogos 2010

Tanda-tanda Kiamat...

Hudzaifah bin As-yad al-Ghifary berkata, sewaktu kami sedang berbincang, tiba-tiba datang Nabi Muhammad S.A.W kepada kami lalu bertanya, "Apakah yang kamu semua sedang bincangkan.?"

Lalu kami menjawab, "Kami sedang membincangkan tentang hari Kiamat."

Sabda Rasulullah S.A.W. "Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda :-
1.    Asap
2.    Dajjal
3.    Binatang melata di bumi
4.    Terbitnya matahari sebelah barat
5.    Turunnya Nabi Isa A.S
6.    Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
7.    Gerhana di timur
8.    Gerhana di barat
9.    Gerhana di jazirah Arab
10.    Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka.

Dajal maksudnya ialah bahaya besar yang tidak ada bahaya sepertinya sejak Nabi Adam A.S sampai hari kiamat. Dajal boleh membuat apa saja perkara-perkara yang luar biasa. Dia akan mendakwa dirinya Tuhan, sebelah matanya buta dan di antara kedua matanya tertulis perkataan 'Ini adalah orang kafir'.

Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari. Apabila orang yang beriman terkena asap itu, ia akan bersin seperti terkena selsema, sementara orang kafir pula keadaannya seperti orang mabuk, asap akan keluar dari hidung, telinga dan dubur mereka.

Binatang melata yang dikenali sebagai Dabatul Ard ini akan keluar di kota Mekah dekat gunung Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata yang fasih dan jelas. Dabatul Ard ini akan membawa tongkat Nabi Musa A.S dan cincin Nabi Sulaiman A.S.

Apabila binatang ini memukulkan tongkatnya ke dahi orang yang beriman, maka akan tertulislah di dahi orang itu 'Ini adalah orang yang beriman'. Apabila tongkat itu dipukul ke dahi orang yang kafir, maka akan tertulislah 'Ini adalah orang kafir'.

Turunnya Nabi Isa. A.S di negeri Syam di menara putih, beliau akan membunuh dajal. Kemudian Nabi Isa A.S akan menjalankan syariat Nabi Muhammad S.A.W.

Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar, mereka ini merupakan dua golongan. Satu golongan kecil dan satu lagi golongan besar. Yakjuj dan Makjuj itu kini berada di belakang bendungan yang dibangunkan oleh Iskandar Zulqarnain. Apabila keluarnya mereka ini, bilangannya tidak terhitung banyaknya, sehingga kalau air laut Thahatiah diminum nescaya tidak akan tinggal walau pun setitik.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit saja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi di merata-rata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasiq akan bersuara lantang di masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq"

Berkata Ali bin Abi Talib, Akan datang di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya saja, agama hanya bentuk saja, Al-Quran hanya dijadikan bacaan saja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah. Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga. Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat."

Sabda Rasulullah S.A.W, "Apabila harta orang kafir yang dihalalkan tanpa perang yang dijadikan pembahagian bergilir, amanat dijadikan seperti harta rampasan, zakat dijadikan seperti pinjaman, belajar lain daripada agama, orang lelaki taat kepada isterinya, menderhakai ibunya, lebih rapat dengan teman dan menjauhkan ayahnya, suara-suara lantang dalam masjid, pemimpin kaum dipilih dari orang yang fasiq, orang dimuliakan kerana ditakuti akan tindakan jahat dan aniayanya dan bukan kerana takutkan Allah, maka kesemua itu adalah tanda-tanda kiamat." Wallahualam..


Isnin, 16 Ogos 2010

Doa Sebagai Senjata...

Doa adalah senjata bagi orang mukmin. Mereka yang enggan berdoa kepada Allah, adalah orang yang bongkak. Al-Quran memaparkan banyak ayat, antaranya firman Allah (mafhumnya):
"Berdoalah kepada-Ku, Aku (Allah) akan memperkenankan doa permohonan kamu..." (Surah al-Ghafir, ayat 60) Firman Allah (mafhumnya): "Apabila hamba-Ku bertanyamu tentang Aku hai Muhammad, maka jawablah Aku (Allah) amat hampir dengan mereka, Aku memenuhi doa yang memohon kepada-Ku. Maka mereka hendaklah memenuhi perintah-Ku dan mereka beriman kepada-Ku agar mereka sentiasa mendapat petunjuk. (Surah al-Baqarah, ayat 186)

Sabtu, 14 Ogos 2010

Fadhilat Solat Sunat Terawikh..

Malam 1 : Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat cckeampunan dari Allah S.W.T
Malam 2 : Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang bersembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman ).
Malam 3 : Berseru Malaikat di bawah `Arasy supaya meneruskan sembahyang terawih terus menerus, semoga Allah mengampunkan dosa kamu.
Malam 4 : Memperolehi pahala sebagaimana pahala orang² yang membaca kitab² Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam 5 : Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang yang bersembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjid Aqsa.
Malam 6 : Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat² yang tawaf di Baitul Ma'amur ( 70 ribu Malaikat sekali tawaf ), serta setiap batu² dan tanah² mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa² orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.
Malam 7 : Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa A.S serta menolong Nabi Musa A.S menentang musuh ketatnya Firaun dan Hamman.
Malam 8 : Allah mengurniakan pahala orang yang bersembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim A.S.
Malam 9 : Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Malam 10 : Allah S.W.T mengurniakan kepadanya kebaikkan di dunia & di akhirat.
Malam 11 : Keluar ia dari dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.
Malam 12 : Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13 : Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap² kejahatan dan keburukkan.
Malam 14 : Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkanya pada hari Qiamat.
Malam 15 : Semua Malaikat yang menanggung `Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16 : Allah S.W.T tuliskan baginya terlepas dari Neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam 17 : Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang berterawih pada malam ini sebanyak pahala Nabi².
Malam 18 : Seru Malaikat ; "Wahai hamba Allah, sesungguhnya Allah telah redha kepada kamu dan ibubapa kamu (yang masih hidup atau mati)".
Malam 19 : Allah S.W.T meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20 : Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang² solehin.
Malam 21 : Allah S.W.T membina sebuah istana dalam Syurga daripada Nur.
Malam 22 : Datang ia pada hari Qiamat, aman daripada tiap² dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).
Malam 23 : Allah S.W.T membina kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada Nur.
Malam 24 : Allah S.W.T membuka peluang 24 doa mustajab bagi orang yang berterawih pada malam ini. (lebih elok berdoa ketika dalam sujud)
Malam 25 : Allah S.W.T mengangkat daripada seksaan kubur.
Malam 26 : Allah S.W.T mengurniakan pahala pada orang yang berterawih pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27 : Allah S.W.T mengurniakan ketangkasan melintas atas titian SiratulMustaqim seperti kilat yang menyambar kepada orang yang berterawih pada malam ini.
Malam 28 : Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di Akhirat.
Malam 29 : Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam 30 : Allah S.W.T memberi penghormatan kepada orang yang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman ;
"Wahai hambaKu: makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini di dalam Syurga, mandilah engkau daripada air Syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W yang bernama "Al-Kauthar"




























































Jumaat, 13 Ogos 2010

Bismillah Miliki Pelbagai Kelebihan


Ayat Bismillah mempunyai pelbagai kelebihan dan keutamaan tersendiri. Disebutkan di dalam hadis yang bermaksud : " Bahawa sesuatu perbuatan yang baik tanpa dimulai dengan Bismillah maka ia akan terputus dari rahmat Allah s.w.t. " Dalam satu hadis lain juga dinyatakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Tiada seorang hamba yang mengucapkab Bismillah kecuali Allah s.w.t. memerintahkan malaikat yang bertugas mencatat amal manusia untuk mencatat  dalam buku amalannya 400 kebaikan."

Rabu, 11 Ogos 2010

Fakta Ringkas Puasa di Bulan Ramadhan


Allah telah mewajibkan umat Islam melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadhan semenjak bulan Sya’ban tahun 2 Hijrah berikutan turunnya ayat 183 Surah al-Baqarah, yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa…”.