Pages

Rabu, 27 Oktober 2010

Tips Anak Demam Panas....

Demam  merupakan isyarat perubatan biasa dengan cirri-ciri peningkatan suhu melebihi julat biasa 36.5–37.5 °C (98–100 °F) disebabkan peningkatan pada titik set pengawal suhu badan . Peningkatan pada titik set ini mencetus ton otot dan menggigil.

Ketika suhu badan meningkat, terdapat rasa sejuk umum sungguhpun suhu badan meningkat. Sebaik sahaja tahap suhu baru dicapai terdapat rasa panas. Demam merupakan satu tindak imunisasi balas yang cuba menangani jangkitan bacteria atau virus. Demam boleh dicetuskan oleh pelbagai keadaan dari selamat kepada potensi serius. Kecuali demam yang tinggi, rawatan biasanya tidak diperlukan, bagaimanapun, ibuprofen adalah berkesan bagi menurunkan suhu badan

Ada beberapa tips yg boleh kongsi kalau anak demam panas;
  1. Biarkan pesakit berehat di tempat yang mempunyai peredaran udara yang baik.
  2. Pakaikan pakaian nipis. Kalau boleh, cuba jangan selimutkan anak dengan selimut yang tebal kerana ini akan menghalang haba untuk keluar dari badan.
  3. Beri minum air yang banyak.
  4. Beri ubat menurut arahan. Dapatkan syrup paracetemol 125mg/5ml (dos utk anak 3 tahun ke bawah), ambil bila perlu maksimum 4 hari.
  5. Kalau tak pun cuba dapatkan suppository paracetamol (ubat masuk punggung) dengan dos 125 mg, ambil bila perlu (jika suhu anak terlalu tinggi), maksimum 4 kali sehari
  6. Mandi berjelum (mandi lap) jika suhu melebihi 380C. Boleh juga menyapu air asam jawa di kepala supaya suhu cepat turun.
  7. Mesti monitor suhu badan anak, terlampau panas boleh menyebab serangan sawan - (beli satu termometer dengan alarm fever)
  8. Tampal koyok / coolfever dekat dahi anak terutamanya bila tidur.
Kalau semua tips tu tak berkesan, jumpa doktor segera !

Rabu, 20 Oktober 2010

Tips Amalan Pemakanan menurut Rasulullah....

1) Jangan Makan Daging bersama Susu – Contohnya makan nasi daging merah dan minum milo ais

2) Jangan Makan Daging Bersama Ikan - Contohnya makan nasi bersama lauk ikan goreng dan daging masak kicap

3) Jangan Makan Ikan bersama Susu – Contohnya makan nasi lauk ikan kemudian minum teh ais

4) Jangan Makan Ayam bersama susu – Contohnya makan Kfc dengan milo ais

5) Jangan Makan Ikan bersama Telur – Contohnya makan nasi, ikan goreng dan telur dadar

6) Jangan Makan Ikan bersama Daun Salad - Contohnya makan nasi berlauk ikan dan ulam salad

7) Jangan Makan Susu bersama cuka - Contohnya Makan nasi bersama lauk yang mengandugi cuka (sambal tumis, sos dsb) dan minum teh ais

8 ) Jangan Makan Buah + Susu - Contohnya yougurt buah, aiskrim dan buah

9) Jangan Makan Buah selepas makan sebaiknya makan buah sebelum makan.

10) Jangan tidur selepas makan (selepas 1 jam)

11) Jangan tinggal makan malam - kerana orang yang mengamalkan tinggal makan malam akan di makan usia dan kolestrol akan bertambah 2 kali ganda.

Agak pelik bukan tapi apa kata kita cuba praktikan mana tahu ianya berkesan.. Jika tidak dalam jangkamasa pendek mungkin dalam jangka masa panjang.

Ayuh kita amalkan bersama!

info from :
Takiyuddin
http://fabrikfarina.com/

Sabtu, 16 Oktober 2010

Rahsia Pemakanan Genius Islam...

Berikut adalah formula pemakanan genius – genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :

1) MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai “shifa’” iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar “Raja Ubat”, dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, “Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu”. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit – penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya !

2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.
CARA MAKAN :
i) Menghadap Kiblat
ii) Baca “Bismillah” dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii) Baca doa penerang hati
iv) Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
v) Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

3) SUSU SEGAR
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri – biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.
CARA MINUM :
i) Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii)Baca “Bismillah” dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w

4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli – ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, “Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur”. Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis – manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.
CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

6)LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w.
Limau – limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, “Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”

8) DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak – kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak – kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

9) OTAK AYAM
Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya

10) DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

11) DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan

Khamis, 14 Oktober 2010

BERHATI - HATI DENGAN POKOK HIASAN DI RUMAH ANDA...

Sila perhatikan pokok hiasan ini betul-betul. Jika anda sayangkan anak-anak dan keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini segera. Sekiranya anda menanam di kawasan rumah, meletak diruang tamu atau di tempat letak kereta. Pastikan selepas membaca posting ini segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dari anak-anak anda.

Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.

Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.

Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.

Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya , Rwanda dan Uganda . Senang tumboh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam.

Sila maklumkan kerana terdapat kes kematian yang jarang dilapurkan diakibatkan oleh pokok ini. Selalu kes ini diklafikasikan sebagai "food poisoning".

Keprihatinan anda menyebarkan berita ini mungkin dapat menyelamatkan nyawa seseorang.

Isnin, 27 September 2010

Musibah Ujian Penghapus Dosa...

"KITA SERING MAHUKAN HARI YANG CERAH... TAPI ALLAH LEBIH MENGETAHUI, HAKIKATNYA HUJAN PERLU DITURUNKAN...
KITA SERING INGINKAN KESERONOKAN, JAUH SEKALI KESUSAHAN... TAPI ALLAH LEBIH MENGETAHUI KESUSAHAN ITULAH YANG MENGAJAR KEHIDUPAN... 
KITA SERING INGINKAN KETENANGAN... HAKIKATNYA DIRI INI PENUH DENGAN DOSA DAN KEJAHATAN...TAPI MANUSIA TAK DAPAT LARI DARIPADA KESILAPAN...
SEMUA INI BUKANLAH SUATU HUKUMAN... TAPI SEBAGAI TANDA KASIH SAYANG ALLAH AGAR KITA LEBIH HAMPIR KEPADANYA...."

LUMRAH kehidupan manusia memang tidak dapat lari daripada menerima ujian.
Setiap ujian yang Allah timpakan kepada manusia mempunyai pelbagai hikmahnya. Allah menguji hamba-Nya dengan penyakit, bencana, kekurangan harta, kematian, kekayaan dan sebagainya untuk melihat sejauh mana tahap keimanan seseorang. Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Apabila Allah menyayangi seseorang hamba-Nya, Allah menguji dengan kesusahan sama ada pada diri, keluarga, anak mahupun pada harta supaya dibersihkan daripada dosanya. Sekiranya dosa masih ada Allah akan membuatkan matinya menjadi susah supaya apabila bertemu Allah dalam keadaan tidak berdosa." Begitulah juga sebagai hamba apabila berhadapan dengan ujian dan musibah ia pasti mempunyai pengajaran untuk kebaikan manusia itu sendiri. Musibah yang didatangkan itu bertujuan keampunan daripada dosa. Allah begitu sayang kepada hamba-Nya melebihi dari kasih sayang yang diberikan oleh seorang ibu kepada anak.
Walaupun hamba-Nya banyak melakukan kemungkaran dan dosa tetapi Allah tetap memberi peluang untuk bertaubat. Maka nilai kesabaran dan reda ketika menerima ujian akan dinilai Allah sebagai penghapusan dosa.

Pada masa sama ada keterangan dan ayat yang menyatakan dosa menjadi penyebab datangnya bala. Kalau dilihat sejarah lampau, mengapakah Allah menimpakan azab kepada kaum Nabi Nuh? Pada ketika itu mereka ditimpa ujian banjir besar selama lebih enam bulan. Begitu juga dengan kaum Nabi Luth di mana Allah terbalikkan lapisan bawah bumi naik ke atas, manakala yang atas dibenamkan ke perut bumi. Malah kesannya sehingga kini masih dapat dilihat di Laut Mati, Jordan. Lihat pula kaum Aad dan Thamud mati terkapar terputus jantung mereka kerana terkejut bunyi gempita suara tempikan malaikat. Pernahkah kita membaca sejarah Qarun yang tenggelam bersama kekayaannya hinggakan membentuk satu tasik yang amat besar dengan airnya laksana lautan? Pantai yang bertentangan tidak kelihatan kerana luasnya. Begitu juga Firaun yang gah ingin merebut segala gelaran hinggakan mahu menjadi Tuhan. Akhirnya, dia bukan saja tenggelam keseorangan di dalam laut malah segala kekuasaan, tentera dan gelarannya juga turut sekali lemas. Di sana ada seribu satu cerita kehancuran yang boleh dipelajari. Semua peristiwa ini berpunca kerana dosa. Sayangnya Allah kepada hambanya ialah segala ditimpa kepada hambanya yang lemah ini, tetap ada kebaikan walaupun sekali imbas nampaknya amat memilukan. Mereka yang mendapat petunjuk menyedari hikmah di sebalik ujian. Ujian ada dua jenis. Pertama namanya bala dan yang kedua ibtila. Ibtila adalah kepayahan dan bencana yang menimpa dalam bentuk 'ujian' manakala bala ialah bencana dan kesusahan ditimpa dalam bentuk 'hukuman'. Ibtila yang melanda selepas menderita kepayahan dan keperitan adalah hukuman kepada mereka yang ingkar. Maka kita perlu sentiasa mengingati setiap tragedi seperti kejadian gempa bumi itu sebagai muhasabah diri. Sama-sama kita bertaubat atas dosa silam yang pernah dilakukan. Keinsafan yang dikongsi di sini ialah kita tidak mempunyai kuasa, kita adalah insan lemah dan masih banyak lagi perkara yang 'ghaib' yang gagal dikesan oleh radar dan kecanggihan. Bukan saja tidak sempat bersedia untuk mengelak musibah malah ramalan kita juga tidak tentu tepat dan berkesan. Petanda awal muncul tidak sempat dibaca. Allah yang Maha Kuasa. Sebagai hamba amat malang jika kita hendak beradu kuasa dengan Allah. Allah amat penyayang. Namun, Allah sangat marah kepada yang ingkar dan tidak ikut petunjuk selepas diberi peringatan. Allah ada peraturan yang mesti diikuti. Kalau orang langgar peraturan jalan raya ada akibatnya, langgar peraturan kerja ada kesannya apatah lagi melanggar peraturan Allah. Hanya kepada Allah tempat kita kembali merayu kerana Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hamba-Nya. Disamping berdoa kita juga perlu berusaha keras menyelesaikan masalah yang dihadapi.