Pages

Rabu, 27 Oktober 2010

Tips Anak Demam Panas....

Demam  merupakan isyarat perubatan biasa dengan cirri-ciri peningkatan suhu melebihi julat biasa 36.5–37.5 °C (98–100 °F) disebabkan peningkatan pada titik set pengawal suhu badan . Peningkatan pada titik set ini mencetus ton otot dan menggigil.

Ketika suhu badan meningkat, terdapat rasa sejuk umum sungguhpun suhu badan meningkat. Sebaik sahaja tahap suhu baru dicapai terdapat rasa panas. Demam merupakan satu tindak imunisasi balas yang cuba menangani jangkitan bacteria atau virus. Demam boleh dicetuskan oleh pelbagai keadaan dari selamat kepada potensi serius. Kecuali demam yang tinggi, rawatan biasanya tidak diperlukan, bagaimanapun, ibuprofen adalah berkesan bagi menurunkan suhu badan

Ada beberapa tips yg boleh kongsi kalau anak demam panas;
  1. Biarkan pesakit berehat di tempat yang mempunyai peredaran udara yang baik.
  2. Pakaikan pakaian nipis. Kalau boleh, cuba jangan selimutkan anak dengan selimut yang tebal kerana ini akan menghalang haba untuk keluar dari badan.
  3. Beri minum air yang banyak.
  4. Beri ubat menurut arahan. Dapatkan syrup paracetemol 125mg/5ml (dos utk anak 3 tahun ke bawah), ambil bila perlu maksimum 4 hari.
  5. Kalau tak pun cuba dapatkan suppository paracetamol (ubat masuk punggung) dengan dos 125 mg, ambil bila perlu (jika suhu anak terlalu tinggi), maksimum 4 kali sehari
  6. Mandi berjelum (mandi lap) jika suhu melebihi 380C. Boleh juga menyapu air asam jawa di kepala supaya suhu cepat turun.
  7. Mesti monitor suhu badan anak, terlampau panas boleh menyebab serangan sawan - (beli satu termometer dengan alarm fever)
  8. Tampal koyok / coolfever dekat dahi anak terutamanya bila tidur.
Kalau semua tips tu tak berkesan, jumpa doktor segera !

2 ulasan:

Ummi Hajjah berkata...

Salam Ubat suppository tak begitu digalakkan digunakan. Di negara2 barat ubat tersebut telah lama ditamatkan penggunaannya kerana boleh menyebabkan kanser kolon apabila anak2 ini mencecah dewasa. Wallahuallam.

KHAALISH AUFA NAZHAN berkata...

Salam Ummu Hajjah... Terima kasih atas info tersebut...