Selasa, 18 Januari 2011

Tips Mendidik Anak...

Sebahagian tips mendidik anak :
  1. Pastikan anak-anak menghafaz al-quran setiap hari, 1,2 atau 3 ayat misalnya, maka secara automatik masa anak-anak yang tak berfaedah seperti terlalu banyak menonton tv dikurangkan di samping mendidik tabiat yang baik.
  2. Bagi yang suka membaca dan untuk menerapkan tabiat membaca, mungkin rak buku boleh disediakan di rumah.
  3. Adalah penting kita berdoa supaya keluarga kita ditetapkan dalam iman.
  4. Mengajar doa dan zikir dan mengalakkan pengamalamannya dalam kehidupan seharian.
  5. Membaca tafsir al-Quran  bersama isteri dan anak-anak.
  6. Adalah penting untuk kita mendisiplinkan diri sendiri dalam masa kita mendisiplinkan anak-anak kita.
  7. Kita tak boleh lepaskan pada cikgu saja, jika tidak ia mungkin tak mencukupi atau ia tidak dapat diamalkan di rumah. Ibu bapa perlu menjadi contoh pada anak-anak.
  8. Kita perlu mendidik anak kita sensitive (peka) dalam perkara agama, inilah cara mendidik anak yang bertakwa, mendidik anak kita supaya sedar bahwa Islam adalah cara hidup.
  9. Anak perlukan role model, maka ibu bapa perlu membaca Quran setiap hari.
  10. Penting kita berkomunikasi dengan anak-anak, sewaktu makan, dan sebagainya.

 Doa mengharap supaya anak / kenalan hilang untuk melakukan maksiat.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ ذَنْبَهُ، وَطَهِّرْ قَلْبَهُ، وَحَصِّنْ فَرْجَهُ.


Maksudnya:  “Ya Allah, ampunilah dosanya, bersihkan  hatinya dan peliharalah kemaluannya”

    Tiada ulasan: